Wednesday, July 10, 2013

Hamba-Mu akan datang menyahut panggilan Mu Ya Allah

Perasaan yang tak terduga sebenarnya. Sedari kecil, terasa berangan, bila mengimpikan perjalanan suci ini. Bila menghantar ayah & emak berulang kali ke Tanah Suci, terdetik di hati..bilalah pula giliran kami?  umrah dan haji ini hanya bila kita sudah berusia sahaja kah? 
 
Maka tekad kami, tangguhkan dulu perjalanan kembara yang lain. Kami dulukan dulu perjalanan agung ini.

 
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
"Islam itu ialah engkau bersaksi bahawa tiada tuhan yang benar selain Allah dan Muhammad itu ialah utusannya, dan engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, menyempurnakan haji, melaksanakan umrah, mandi hadas besar, menyempurnakan wuduk dan berpuasa Ramadan."
(Riwayat Ibn Hibban)
 
 
Bila musim haji, terdengar laungan talbiah di televisyen sudah cukup  membatukan diri ini, menghafaz dan larut dalam bacaan yang begitu asyik didengar, menangkap dan tajam di hati, meski maksudnya sendiri belum begitu difahami.
 


 “Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah!
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, (Tuhan) yang tidak ada sekutu bagi-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu.”
 

Benar kata orang. Mulakan dulu dengan niat. Niat, berusaha, berdoa dan bertawakal. Yakinlah Allah pasti menolongmu.

Ternyata perancangan Allah itu diluar jangkaan kami :)
 
  
"Ya Allah, ku mohon kau permudahkan lah perjalanan kami nanti menuju ke jalan Mu, menyahut panggilan Mu. Perbanyakkan rezeki kami untuk ke tempat suci Mu. Ku mohon kekuatan & belas ikhsan Mu Ya Allah"